Want your
own Fotopage?







 
Nureen 's FotoPage

By: Nureen Nureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Sep-2006 10:20 Email | Share | Bookmark
Nasi Jagung Wak Yah

Nasi jagung mak
acar mentah kampung batin
ayam masak merah mak lagi..
Ni apa org jawa panggil, jelantah kot...
Ini le resepi nasi jagung stail Wak Yah, panggilan yang cukup popular di kalangan orang-orang kampung Parit Haji Salam, Batu Pahat.. sinonim dengan perniagaan kerepeknya dan masakannya yang umphh...Di mana ada majlis kenduri-kendara, di situlah ada Wak Yah. Itulah ibu mertuaku..kami panggil mak.

Masa mula-mula kawin dulu, mak mertua ajar masak nasi jagung ni. Jenuh gak nak belajar masak mulanya..maklumlah jarang-jarang masuk dapur, dari umur 12 tahun sampai le 23 tahun duduk asrama je kerjanya. Balik kampung sekali-sekala, ada duit balik, kalau takde duit memerap kat asrama le jawabnya (jauh punye pasal la ni). Abis belajar, kerja tak sampai 6 bulan, terus kawin.. .

Mak mertua memang kaki masak, masak cepat, cekap dan semua masakannya memang sedap. Hasil tangannya memang tak terbanding le... Dah 6 tahun kawin pun, masakan kita memang susah nak sama dengan masakan mak..sekejap sedap, selalunya tak sedap.

Berpuasa kat tempat orang ni, mula le meraban cari resepi nak masak apa..




Nasi Jagung Wak Yah

Bahan A:
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air (bergantung pada jenis beras)
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung biji (bukan jagung krim)
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan Menumis:
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak jagung mazola
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat
2 batang serai (diketuk)

Bahan B (dikisar)
1/2 inci halia }
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak jagung mazola beserta marjerin di dalam periuk. Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar. Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga naik bau/kekuningan. Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning. Tanak hingga masak, dan perlu digembur-gemburkan supaya nasi agak peroi.





Ni pula acar mentah yang selalu kami warga Kampung Batin buat, pastinya dari resepi che' . Sedap dimakan dengan nasi dagang, nasi minyak, nasi jagung dan yang seangkatan dengannya..

Acar Mentah Kampung Batin

Bahan-Bahan:
1 batang lobak merah
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
1 batang timun
3 s/b cuka makan atau air limau nipis
Sedikit gula dan garam

Cara membuat:
Kulit lobak dibuang dan dihiris halus secara memanjang.
Buangkan empulur timun, dan dihiris nipis-nipis secara memanjang.
Cili dan bawang besar dimayang bulat.
Campurkan semua bahan ke dalam bekas.
Masukkan cuka, gula dan garam.
Gaul sehingga rata.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net