Want your
own Fotopage?








 
Nureen 's FotoPage

By: Nureen Nureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Sep-2006 11:22 Email | Share | | Bookmark
Nureen Eishah bt Mohammad Nazir

 
senyum sembab
ha..tengok apa tu?
View all 6 photos...
Buah hati ketiga, baru masuk 8 bulan. Lahir di Johor, genap 60 hari berangkat ke Brisbane, Australia. Pernah menginap di Taringa selama 4 bulan, dan kini menetap di Toowong, berdekatan dengan Brisbane City.

Cukup tak suka kalau ditinggalkan sorang-sorang, siap... keluar le suara 'nyaring' dia tu. Dah mula merangkak. Suka main dengan abang Atef dia, main tarik-tarik rambut, cakar-cakar muka.

Most recent comments... (In posting order)
Eishah ni sama je dengan Syahmi dulu...elok lepas hari je, dah berangkat ke Sri Lanka. Syahmi mama ni banyak membesar di negara orang dan tidak di negara sendiri... Fri 22-Sep-2006 17:16
Posted by:MamaFaMi  - [Link]


Monday, 18-Sep-2006 15:16 Email | Share | | Bookmark
Majlis perpisahan

Eishah dengan Kak Faizah..
Bakar apa tu dik?
Ni le komuniti kami kat sini, sikit je..ni bergambo untuk raya..
Semalam, 17 September 2006, persatuan pelajar melayu mengadakan majlis perpisahan khas buat kakitangan Petronas yang akan kembali bertugas di Malaysia. Seronoknye mereka, dapat berpuase & beraya kat kampung. Dah takde lagi lah keluarga-keluarga senior kat sini..

Buat Kak Raihan, Kak Ain dan Kak Latifah.. selamat pulang ke tanahair. Kami di sini jangan dilupa..


Most recent comments... (In posting order)
ramai gak ye rakyat M'sia kat situ.. bestnya dapat kumpul ramai2.. Tue 19-Sep-2006 01:06
Posted by:rozeela
Tak lah ramai sangat, tapi bila dicampur jumlah students UQ, QUT, plus staf Petronas, boleh lah... Tue 19-Sep-2006 08:07
Posted by:ida


Saturday, 16-Sep-2006 22:49 Email | Share | | Bookmark
Anak bapak...

Cari ilham sambil pegang anak..study ke apa tu?
Ni baru anak bapak
....
Ini le anak-anak Bapak Nazir..

Most recent comments... (In posting order)
comel nih Sun 17-Sep-2006 03:31
Posted by:KNizam  - [Link]


Saturday, 16-Sep-2006 22:44 Email | Share | | Bookmark
Kedah mai

Ini le Tie, adik ipar adik
Orang Kedah. Bila bergambo, senyap pula si Atef ni
Mertua adik dari Kedah ada datang ke Brisbane, melawat anaknya (adik ipar kepada adik, payah nak sebut nih, apa org panggil gelaran ni yek?) yang belajar kat sini. Ni kira melancong sambil berziarah la ni. Bestnyer....

13 September 2006, mereka datang jenguk kami kat Toowong. Cadangnya kami nak gi ambik depa ni, tapi akhirnya mereka datang naik train, lebih senang.. sebab dekat aje. Seronok budak-budak ni orang datang rumah. Si Atef bercakap tak berenti.. Rindu kat nenek-nenek dan atuknya kot..


Friday, 15-Sep-2006 03:31 Email | Share | | Bookmark
Kena saman... 12 September 2006 (hari ini dalam sejarah)

alang-alang beli baby car seat tu, ambik walker sekali
eishah tengah test walker dia
Hari ini memang nasib tak baik, sungguh-sungguh tak baik.

Kesian ayah, pagi-pagi nak masuk kete nampak ada saman parking kat depan rumah..kena 30 dolar, pastu masa nak pegi beli ikan kat Darra (kedai vietnam), kena saman lagi, patutnya bawak 50 km/h tapi ayah terlebih sikit..63km/h, kena 150 dolar. Pastu polis tu ternampak baby chair eishah katanya tak ikut spec, dia suruh beli baby car seat yang sebetul-betulnya, walhal fungsinya sama je ...kena lagi 225 dolar...

Fuhhhh...semua sekali saman ari ni 405 dolar...kali duit Malaysia, dalam seribu dua ratus....Ya Allah! .. Sia-sia ayah kerja 2 minggu..bagi kat polis. Betul-betul ujian kat tempat orang..

Most recent comments... (In posting order)
alahai.. macam2 ujian yg melanda.. banyak2kan bersabar yaa...
bila senang2 tu... jemput ler ke http://rozeela.fotopages.com
Fri 15-Sep-2006 10:38
Posted by:along


Monday, 11-Sep-2006 15:03 Email | Share | | Bookmark
Our beloved children...

Asyila (6 tahun) dengan senyum simpulnya
Atef (3 tahun), control handsome
Ni pula Eishah (8 bulan), nak nangis le tu..
These are our children, the wonderful little people in our lives, whom hold a very special place forever in our hearts.

My children are all precious, and none is like the rest.
Each one to me is special, and all are the best.

Thanks to Paul Dammon 11/96




Monday, 11-Sep-2006 13:14 Email | Share | | Bookmark
Tanaman di halamanku

Ni pokok bawang, terbeli bawang yang dah tumbuh, tanam je la..
Pokok lada sedang berbunga..
Lada dah berbuah..seronoknya
View all 5 photos...
Ni le dia... . Jangan tak tahu, lada kat sini dua biji berharga 1.00-2.00 dolar, manakala pisang pula sangat mahal. Kalau kat tempat kita, pisang tu cuma 1.50 -2.00 je sekilo tapi sini harganya mencecah 11.00-16.00 dolar sekilo! . Nak buat jemput-jemput pisang? He...jauh sekali, tak sampai di hatiku nak membelinya.




Sunday, 10-Sep-2006 07:22 Email | Share | | Bookmark
Rileks la ayah..

Ayah berasap....pergh!
Meja belajar ayah kat ruang tamu...
Meja belajar ayah kat dalam bilik...tak boleh kacau..shhh..
Ayah tengah pening, pulun siapkan report first year PhD. Tidur tak tahu waktu, kadang-kadang sehari suntuk tak tidur, kadang-kadang tidur dua jam je...

Kata Asyila: Cepatlah habis belajar...kakak nak patung mainan barbie...

Kata Atef: Bila ayah nak dapat duit banyak, Atef nak mainan Bob dengan keretapi tu yang macam dalam tv tu...

Kata Eishah: Papapapa...papa..papapa..(go! ayah go!)



Sunday, 10-Sep-2006 06:28 Email | Share | | Bookmark
Sekitar 10 September 2006

cocktail
kari ikan tenggiri + nenas
sotong masak sambal
View all 6 photos...
Hari ni ada makan-makan.. ayah dapat gaji pertama hasil penat-lelah kerja cleaner..jemput budak2 rumah bujang datang menjamu kat rumah...

Most recent comments... (In posting order)
bestnyer puding koktail... dah lama tak buat... lum jumpa lagi tepung kastad ... Mon 18-Sep-2006 13:45
Posted by:rozeela
Saya pulak baru je terjumpa agar-agar, selepas cari hampir 7 bulan kat sini Tue 19-Sep-2006 08:12
Posted by:ida


Saturday, 9-Sep-2006 15:24 Email | Share | | Bookmark
Kami di Brisbane, Australia

Ruang tamu
Bilik utama..eishah tidur nyenyak..hmm tengah hujan
Bilik asyila & atef
View all 6 photos...
Ni le kehidupan kami kat tempat orang. Rumah seadanya, makan sekadarnya, pakai apa yang ada le... maklum saja le, student....

Bak kata Kak Su, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan biasa... Terima kasih Kak Su, bagi idea...

Most recent comments... (In posting order)
jeles ah nengok eishah tidoo..... Mon 18-Sep-2006 13:39
Posted by:rozeela


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.