Want your
own Fotopage?








 
Nureen 's FotoPage

By: Nureen Nureen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Oct-2006 15:01 Email | Share | | Bookmark
Ayah Ki Dalam Kenangan (1941 - 2005):- Al-Fatihah

Ayah Ki T'ganu dan Atuk B.Pahat (2005)
Suatu waktu dahulu (2000)
Hari ini 27 Ramadhan 1427 genaplah setahun usia pemergian arwah Ayah Ki. Al-Fatihah..doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

27 Ramadhan 1426 setahun yang lepas, jam 7.30 pagi Isnin, bersamaan 31 Oktober 2005, perginya Ayah Ki menyahut seruan Ilahi. Kini, yang tinggal hanyalah kenangan-kenangan yang tak mungkin dilupakan hingga ke akhir hayat. Al-Fatihah.


Gambar terakhir yang diambil semasa bercuti di Sungai Batu Pahat, Perlis selepas menghadiri majlis menyambut menantu (adik) di Alor Setar, Kedah.

Most recent comments... (In posting order)
Semuga Allahyarham di tempatkan disamping para solihin... Al-fatihah..
Kak rossya ucapkan Selamat Hari Raya buat Ida dan seisi keluarga. Semuga lebaran ini disambut dengan penuh keceriaan dan kesyukuran... Maaf Zahir dan Batin.
Mon 23-Oct-2006 07:42
Posted by:rossya  - [Link]
Assalamu'alaikum...rees juga baru kehilangan ayahanda ang tercinta...pada 15 april 2006 ( 16 Rabbiul-awal 1427 ) yang lalu....sedih hati hanya Allah yang tahu...apalagi kalau kita sume rapat ngan ayah..pasti terasa sangat kehilangan nye...ternyata kita serupa yee....rees doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas roh ayahanda Ida dan di tempatkan bersama para syuhadah dan salihin....insya'Allah.....Al-fatihah
Maaf zahir dan batin...buat Ida dan famili..
Wed 8-Nov-2006 05:11
Posted by:nurees nurrisha27@yahoo.com
Assalamu'alaikum...rees juga baru kehilangan ayahanda ang tercinta...pada 15 april 2006 ( 16 Rabbiul-awal 1427 ) yang lalu....sedih hati hanya Allah yang tahu...apalagi kalau kita sume rapat ngan ayah..pasti terasa sangat kehilangan nye...ternyata kita serupa yee....rees doakan moga Allah mencucuri rahmat keatas roh ayahanda Ida dan di tempatkan bersama para syuhadah dan salihin....insya'Allah.....Al-fatihah
Maaf zahir dan batin...buat Ida dan famili..
Wed 8-Nov-2006 05:11
Posted by:nurees nurrisha27@yahoo.com


Monday, 16-Oct-2006 13:02 Email | Share | | Bookmark
Meronda di Carrara Market

budak-budak dekat gerai patung
aktiviti berkuda pun ada..
Aktiviti ini pun sebenarnya dah lama dah..lebih kurang 3 bulan yang lepas. La ni dah takde gi mana-mana. Duduk rumah saja le. Pagi, petang siang malam....pagi, petang siang malam...kat rumah saja. Ayah teramat la sibuk dengan urusan belajarnya. Ooopss...psst...tak boleh bising, kacau pun tak boleh ye...

OK, berbalik pada pasar ni, lokasinya berhampiran dengan Gold Coast, dan tak le best sangat. Lebih kurang kat Rantau Panjang atau Padang Besar je. Barang-barang yang dijual pula tak menarik minat ummi untuk membeli pun, ditambah pula dengan duit yang sememangnya payah nak cukup kat sini.. . Kiranya datang sini cuma untuk menjamu mata je le...



cam pernah tgk la bro nih! tapi dimana ya? Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin! Tue 17-Oct-2006 15:08
Posted by:gezzeg mr.ghazali@gmail.com  - [Link]
Kat situ market jual apa? Motor cabuk tu pun jual gak ke? Tue 17-Oct-2006 21:42
Posted by:linda lin5111976@yahoo.com
assalamualaikum kak ida...

kita sekeluarga kat sini nak mengucapkan selamat hari raya kepada kak ida, nazir & anak2... mintak maaf yea kalau ada terkasar bahasa @ perbuatan @ tersalah tulis yang buatkan korang terasa hati... semoga masih dapat merasakan suasan raya yang meriah walaupun jauh di perantauan...
Fri 20-Oct-2006 01:58
Posted by:nonie nonie_teja@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments


Friday, 13-Oct-2006 10:21 Email | Share | | Bookmark
Fajar menyinsing

4.50 pagi
4.55 pagi
5.01 pagi
View all 6 photos...
Lepas sahur dan subuh, kat luar masih gelap tapi saja buka pintu belakang rumah ni bagi angin pagi masuk. Wow! Subhanallah..terpesona sekejap.

Nun di bawah bukit sana tu gereja, sepelaung je dari rumah ni..dan bunyi ting! ting! pun dah biasa...hari minggu jam 5 petang dan 7 malam. Pastu ada pulak 'sekolah agama rakyat' mereka kat dalam kawasan gereja tu ....

Linda Hehe...ni photographer cabuk.. . Betul la..boleh gak cuba buat picnic kat rumput tu yek...pastu nenek sebelah rumah tu pening kepala...
Otopan Otosan Otoranger Ish..ish..ish..ni keturunan Ultraman Taro ke Ultraman Ace? Hihi...saja je.. nama tu panjang beno. Silau eh? Hehe...maklum le si tukan ambik gamo baru pandai pegang kamera..

Most recent comments... (In posting order)
Aikk.. cam dah jadi photographer pro je ida ni.. Nanti ambik le gambar matahari terbenam lak. Mesti cantik. Bukak puasa kat rumput belakang rumah tu.. bentang tikar cam picnic.. kira ok apa.. hehe Fri 13-Oct-2006 13:08
Posted by:linda lin5111976@yahoo.com
mcm silloutte....orang melayu kate..silau weh...... Sun 15-Oct-2006 07:32
Posted by:Otopan Otosan Otoranger agmnhob@gmail.com  - [Link]


Monday, 9-Oct-2006 14:36 Email | Share | | Bookmark
Menyusur Sungai Brisbane

cepat cari tempat duduk sebelum penuh
sorang pandang sini, sorang pandang sana
bandar Brisbane
View all 6 photos...
Gambar ni sebenarnya dah lama, masa kami mula-mula menjejakkan kaki ke sini, lebih kurang 7 bulan yang lalu. Ayah bawak jalan-jalan, tunjukkan kawasan dan pemandangan di sini. Menaiki feri CityCat, menggunakan return tiket yang membenarkan kami pergi ke mana-mana menggunakan perkhidmatan feri ni.

Best...walaupun ummi dah biasa naik bot penambang berulang-alik dari Seberang Takir ke bandar Kuala Terengganu, tapi pengalaman naik feri kat sini memang menyeronokkan. Masa tu Eishah baru 2 bulan, jadi takde la ummi nak bergambar, lagi pun tempat duduk di ruang terbuka kat belakang feri tu panas..jadi ummi duduk kat bahagian dalam yang lebih selesa, memerhatikan gelagat mat-mat dan mek-mek saleh kat sini..



Pemandangan bandar Brisbane dari dalam feri..cantik. Kebersihan kat sini memang terjaga, memang tak nampak sampah-sarap kat dalam sungai, ikan mati pun takde. Feri pula ada beberapa syarikat yang menjalankan perkhidmatan ni. Air sungainya tak la sejernih air sungai kat Kampung Batin, Seberang Takir, agak keruh sikit, tapi kebersihannya tu memang menakjubkan..ye la mana ada nelayan kat sini, yang banyak tu bot-bot mewah dan kayak-kayak.

Yang paling memeranjatkan ialah shopping complex dan juga kedai-kedai kat sini hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Jadi takde la nak keluar jalan-jalan waktu malam, kalau terputus barang-barang dapur tu, hehe.. tunggu esok le jawabnya. Semua sunyi-sepi macam kat kampung-kampung.. kecuali tempat-tempat hiburan mereka tu le..

cool! dah berapa tahun di sana? Tue 10-Oct-2006 03:37
Posted by:gezzeg mr.ghazali@gmail.com  - [Link]
terima kasih kerana sudi gi fp saya...
selamat berpuasa dan berhari raya....
more update at http://situkang-gambar.fotopages.com
Thu 12-Oct-2006 10:02
Posted by:sba  - [Link]
haah. dulu belajar disana. Batch 97-02. Dulu lecturer sana ka? Thu 12-Oct-2006 16:09
Posted by:gezzeg mr.ghazali@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments


Thursday, 5-Oct-2006 14:39 Email | Share | | Bookmark
Karipap panassss..

Siap untuk digoreng
Haii..ni sape yang tak abis makan ni?
Kuih karipap...kegemaran ayah, err..ayah panggil epok-epok. Budak-budak pun suka. Epok-epok ni ayah kata, Johor punye kuih..hihi.. Apa saje la ayah..asal bahagia.

Duduk kat tempat sendiri tak teringin nak buat, bila terasa nak makan.. beli saja le..berderet gerai jual karipap sekitar kawasan perumahan atau tepi jalan, pilih yang mana satu berkenan. Suka makan karipap punya pasal, kat sini pun tak boleh tinggal, nak karipap jugak.

"Ummi...nak karipap".
"Ish..mana ade orang jual karipap kat sini, orang putih tak makan tu".
"Aaaaa...nak karipap, ummi buat la..".
"Ummi mana pandai buat..'.
"Abiss..atef nampak nenek buat".

Haa..ummi dah kantoi. Apa lagi alasan nak bagi?. Bagi yang tak pernah buat, cerewet buat karipap ni tau! Kenapa..tak percaya ke? Betul..tak tipu ni. Mula-mula kena buat inti, pada masa sama buat doh kulit karipap, pastu nak kena canaikan pulak, masukkan inti, kelim..tersalah kelim, terkeluar pulak intinya, pastu goreng lagi...cerewet, kan? Kalau budak-budak nak karipap, ummi pun mula le terasa lenguh le..letih le.... apa pun, buat tetap kena buat..



Ini lah rupa karipap ummi. Amacam? Ok tak? Hihi.... Kalau nak cuba buat, jangan susah...pergi je kat links di bahagian masakan kat tepi ni...chef-chef cyber sedia membantu. Resepi dah pun ada kat situ. Jangan marah arr Kak Rossya, Mama, Kak Liza....

nice resepi..
wow....mmg terliur tgk karipap panas time2 bulan poser ni.nyum nyum!
Sat 7-Oct-2006 21:17
Posted by:m.a.s.h.i.m.i.e.r.u.l mashimierul@yahoo.com  - [Link]
Ok apa karipap tu...tu la, dah duduk oversea, kalau teringin nak makan, kenalah buat sendiri...Macam mama dulu masa dok Malaysia, manalah reti nak buat kuih kuih ni semua..sebab, wat pe nak susah-susah, kat gerai banyak jual dan kat Melaka, kuih pun murah. Kalau buat sendiri, nak buat tu satu hal, pas tu nak ngemas lagi...eee tak kuaso den! Hehehe.... Tue 10-Oct-2006 05:41
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
amboiiii..pandai dia iklan kita pulak yerrr...tapi apa pun terimakasih la...
adatlah merantau..semua kena buat sendiri...termasuklah kak liza..walau dok tganu ada juga makanan yg teringin tu tak der akt sini..saperti ciken cop..beef steak..spagheti..kiranya western food tuuu...
Sun 15-Oct-2006 16:55
Posted by:hanieliza  - [Link]
View all 12 comments


Tuesday, 3-Oct-2006 14:34 Email | Share | | Bookmark
Kasih ayah & kasih anak..

penat ayah dodoikan eishah.. terbuntang lagi matanye..ish..ish..
ada gaya saloma tak?
urut kuat sikit, ayah tak rasa la...
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah berkorban nyawa..


Anak dan ayah tak boleh dipisahkan..

Kala anak-anak susah benor nak tidur, ayah la yang ambil-alih peranan ummi..mendodoikan anak hingga tertidur...ummi tak heran, suara ayah kan ala-ala suara P.Ramlee..hihi...

Kala ayah penat, anak-anak le yang sibuk memicit, meringankan lenguh-lenguh, sakit kepala ayah...


re:
haah ida kat putrajaya. kebetulan masa tu langit cerah membiru dan awan bergulung-gulung. tu yg snap dan kebetulan jugak ada bawak camera bersama. sambil drive sambil snap. sib baik masa tu kete tak banyak langsung!
wah bagusnya mereka ni...rajin picit ayah dia tapi awat kakak tu cam memain jerk
Thu 5-Oct-2006 08:58
Posted by:anna  - [Link]
Alahai baiknya anak anak ummi ni......tolong picit aunty boleh tak? Nanti aunty upah icecream Cornetto sorang satu... Thu 5-Oct-2006 10:49
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Boleh..boleh.. Budak-budak ni rajin sekejap je..tak sampai 5 minit, pastu mula "rasa-rasa tangan dah keras la", lenguh..etc. Kalau nak lebih, ayah kena janji bawak gi taman mainan..jarang mintak mainan sebab ayah takde duit..kalau mintak pun yak dapat Thu 5-Oct-2006 19:42
Posted by:ida  - [Link]
View all 7 comments


Monday, 2-Oct-2006 01:22 Email | Share | | Bookmark
Cendol! Oh...cendol

ni le hasilnye..cendol toowong..hihi
kerang masak lemak cili api..lepas geram
Semalam, teringat sungguh dengan cendol, hidangan yang menjadi kemestian kami di bulan puasa. Malangnya, mana le nak cari cendol kat sini.. . Air kapur dah ada..terfikir le pulak..nak buat sendiri mcm mana yek? Ingat-ingat lupa, dulu masa kecik che' pernah buat cendol ni... Cari punya cari, hihi..jumpa kat internet, resepi asni.. . Alhamdulillah, terima kasih asni. Pagi lepas subuh, hehe..operasi membuat cendol, menggunakan sudip berlubang, sebabnye..takde senduk berlubang kat rumah ni...hihi..




Cendol ni kami makan dengan pulut durian. Durian terjumpa kat Inala, dalam kedai vietnam yang berderet kat situ. Walaupun frozen durian, tapi isinya yang tebal tetap manis dan memang sedap.... tak rugi beli. Masak pulut, buat serawa durian dan akhirnye..merasa juga kami cendol pulut durian kat toowong ni...tak sangka..

Cayalah Ida buat cendol sendiri! Kalau suruh kak rossya buat cm ni mesti kantoi punyer.. hehee. You go gal!!
Re ~ thankyou for yr dua my dear, I am feeling much better today.
Mon 2-Oct-2006 21:54
Posted by:rossya  - [Link]
Tue 3-Oct-2006 16:32
Posted by:ida  - [Link]
Beli jugak durian ngan kerang ari tu..? Ingatkan dah tak jadi beli.. Cendol ni, favorat naz'ri jugak ni.. agaknya memang orang johor ni, makanan favorite dia sama je kot.. nanti boleh mintak resepi yek..! Wed 4-Oct-2006 12:53
Posted by:linda lin5111976@yahoo.com
View all 5 comments


Friday, 29-Sep-2006 18:19 Email | Share | | Bookmark
Jom segarkan mata..

 
Gambar ni datangnya dari satu e-mel yang diperolehi tak lama dulu. Enjoy!!...


Gigih si kenit ni..

Selamat berpuasa & selamat berterawih.

ha'ah...memang best... Sat 30-Sep-2006 17:39
Posted by:ida  - [Link]
WOOOSA Tue 3-Oct-2006 04:24
Posted by:IYKM  - [Link]
suka gambar makro ni...nice.tq cause sudi melawat my fp
http://operahidup.fotopages.com
Fri 6-Oct-2006 09:27
Posted by:operahidup  - [Link]
View all 4 comments


Thursday, 28-Sep-2006 10:20 Email | Share | | Bookmark
Nasi Jagung Wak Yah

Nasi jagung mak
acar mentah kampung batin
ayam masak merah mak lagi..
View all 4 photos...
Ini le resepi nasi jagung stail Wak Yah, panggilan yang cukup popular di kalangan orang-orang kampung Parit Haji Salam, Batu Pahat.. sinonim dengan perniagaan kerepeknya dan masakannya yang umphh...Di mana ada majlis kenduri-kendara, di situlah ada Wak Yah. Itulah ibu mertuaku..kami panggil mak.

Masa mula-mula kawin dulu, mak mertua ajar masak nasi jagung ni. Jenuh gak nak belajar masak mulanya..maklumlah jarang-jarang masuk dapur, dari umur 12 tahun sampai le 23 tahun duduk asrama je kerjanya. Balik kampung sekali-sekala, ada duit balik, kalau takde duit memerap kat asrama le jawabnya (jauh punye pasal la ni). Abis belajar, kerja tak sampai 6 bulan, terus kawin.. .

Mak mertua memang kaki masak, masak cepat, cekap dan semua masakannya memang sedap. Hasil tangannya memang tak terbanding le... Dah 6 tahun kawin pun, masakan kita memang susah nak sama dengan masakan mak..sekejap sedap, selalunya tak sedap.

Berpuasa kat tempat orang ni, mula le meraban cari resepi nak masak apa..




Nasi Jagung Wak Yah

Bahan A:
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air (bergantung pada jenis beras)
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung biji (bukan jagung krim)
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan Menumis:
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak jagung mazola
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat
2 batang serai (diketuk)

Bahan B (dikisar)
1/2 inci halia }
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak jagung mazola beserta marjerin di dalam periuk. Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar. Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga naik bau/kekuningan. Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning. Tanak hingga masak, dan perlu digembur-gemburkan supaya nasi agak peroi.





Ni pula acar mentah yang selalu kami warga Kampung Batin buat, pastinya dari resepi che' . Sedap dimakan dengan nasi dagang, nasi minyak, nasi jagung dan yang seangkatan dengannya..

Acar Mentah Kampung Batin

Bahan-Bahan:
1 batang lobak merah
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
1 batang timun
3 s/b cuka makan atau air limau nipis
Sedikit gula dan garam

Cara membuat:
Kulit lobak dibuang dan dihiris halus secara memanjang.
Buangkan empulur timun, dan dihiris nipis-nipis secara memanjang.
Cili dan bawang besar dimayang bulat.
Campurkan semua bahan ke dalam bekas.
Masukkan cuka, gula dan garam.
Gaul sehingga rata.

Linda---insya-Allah... ada rezeki lebih, sampai le jemputan tu.... Fri 29-Sep-2006 18:36
Posted by:ida  - [Link]
kalu guna susu pekat manis yg dicairkan boleh tak? karang tak jadi lak nasi jagung tu tapi jadi nasi manis lak... kat sini tak der susu cair ler... kalu fresh milk tu banyak la.. murah lak tu... Sat 30-Sep-2006 09:41
Posted by:rozeela
along----hehe....kang jadi nasik manis lak.. . dah takde, tak payah letak susu lah kot...tapi rasanya kurang lemak sket la.. Sat 30-Sep-2006 17:37
Posted by:ida  - [Link]
View all 9 comments


Monday, 25-Sep-2006 14:43 Email | Share | | Bookmark
Pencuci mulut.. Onde-onde keledek

Onde-onde keledek
Kali pertama buat kuih onde-onde. Terpikat baca kelainan bahan yang digunakan oleh Kak Rossya, dan setelah dicuba hasilnya... memang sedap, lebih sedap dari onde-onde biasa yang menggunakan tepung pulut sepenuhnya (yang ni agak liat).

Kalau nak cuba, ni dia resepinya, atau boleh jenguk ke fp Kak Rossya, http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=785747
Thanks sis rossya for this deliciously recipe..

Bahan-bahan :
500g keledek putih (saya guna 5 ketul)
1 cawan tepung keledek atau secukup nya (saya pakai tepung pulut)
1/2 biji kelapa parut putih , di kukus sebentar
1 keping gula melaka , di racik
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau
garam secukupnya

Cara-cara :
Kupas kulit ubi keledek, cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk (saya bersihkan kentang dan rebus dengan kulitnya sekali, untuk lebih mudah dikupas kulitnya).
Setelah empuk, lecek sehingga halus. Masukkan tepung keledek, pandan pes dan pewarna hijau.
Uli sehingga lembut. Ambil sedikit adunan dan dileperkan. Isikan sedikit racikkan gula Melaka dan
bentukkan bulat seperti bebola kecil. Buatlah sehingga habis. Didihkan air didalam periuk.
Masukkan beberapa biji bebola ini dan biarkan sehingga ia timbul di permukaan air.
Bila ia timbul (menandakan onde-ondenya sudah masak), angkat, toskan dan kemudian digaulkan
dengan kelapa parut.



Onde-onde saya ni ada yang pecah masa direbus, dan terkeluar gula melaka kat dalamnya..tu yang kelapanya bercampur dengan warna coklat tu....kurang kemas. Apa saje lah, janji masa berbuka, masuk mulut ....

wah2 kak ida... ni cam kita dulu2 jer... masak2 letak gambar kat fp hehe... bestkan cuba kuih macam2 kat mesia ni sumer pakat beli je.... btw baby makin comey! Tue 26-Sep-2006 03:37
Posted by:nonie  - [Link]
memang...kat sini le baru nak bukak buku, cari resepi sana-sini, kalau tak masak, berlapar le jawabnye...kat m'sia kak ida takde nyer nak masak kuih2 ni, beli je..cepat, senang... Thu 28-Sep-2006 15:44
Posted by:ida  - [Link]
Beautiful photos! Thu 28-Sep-2006 16:23
Posted by:Alba solare  - [Link]
View all 4 comments


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.